SYM E Bonus kini diperkenalkan semula pada tahun ini dengan 3 model pilihan iaitu SYM E Bonus 110, E Bonus 110H dan Bonus 110SR. E Bonus 110 berharga RM3,768, mana kala E Bonus 110 H dan Bonus 110SR berharga RM3,898 dab RM4,278.
Menggunakan sistem penyejukan udara, single silinder, 108cc empat valve yang menghasilkan 7.1hp pada 7,500rpm dan 7.45Nm torqye pada 5,500rpm.
Yang membezakan antara model-model ini ialah drum brake depan dan belakang untuk model basic dan 110H, sementara model 110SR menggunakan brake disk di hadapan dan drum brake di belakang. Model basic E Bonus 110 pula didatangi dengan rim jejari.
Model E Bonus 110SR didatangi dengan soket USB bagi tujuan mengecas gadget anda.
Terdapat tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan merah dan akan berada dipasaran bermula pertengahan September.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas
0 Ulasan