About Me

header ads

NHTSA Tersilap: Dedah Model Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 Yang Baharu

Motor Malaysia NHTSA Tersilap: Dedah Model Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 Yang Baharu 600cc
NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration - Badan Kesalamatan Jalan Raya Amerika Syarikat) telah menerima satu surat dari pihak Kawasaki mengenai senarai model motor mereka untuk tahun 2019. Salah satu modelnya adalah Ninja ZX-6R 2019 baharu. Kawasaki menyatakan di dalam surat tersebut bahawa snearai model-model ini perlu di embargo pada 11 Oktober 2018 di laman web NHTSA.
11 Oktober 2018 adalah tarikh di mana AIM Expo akan diadakan di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat di mana Kawasaki akan memperkenalkan model itu pada tarikh yang sama.
Namun, berlaku sedikit kesilapan dan senarai tersebut telah disiarkan di laman web mereka.
Tujuan Kawasaki mengeluarkan model supersport 600cc ini adalah supaya ingin menaikkan lagi segmen 600cc yang kini kian pudar. Dengan itu, Kawasaki memperkenalkan semula modelnya ZX-6R 2019 yang baharu.
Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 ini akan dijana dengan enjin inline-4, 636cc seperti dimodel semasanya dan menghasilkan 127.4hp iaitu pengurangan 2hp berbanding model semasanya.
Pengurangan pada hp tersebut adalah disebabkan piawaian ketat emisi di Amerika Syarikat. Motor ini juga memenuhi piawaian Euro 5 tahun 2020.
Maklumat terperinci mengenai motor ini masih lagi menjadi tanda tanya, sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.

Catat Ulasan

0 Ulasan