![]() |
Kawasaki Ninja 250 2018 Malaysia |
Kawasaki Motor Malaysia (KMSB) melancarkan motor Kawasaki Ninja 250 2018 yang terbaharu. Motor ini berharga dalam lingkungan RM23,071 dan dianggarkan berada di pasaran pada Ogos ini.
Ia dilancarkan secara rasminya di Art of Speed 2018 yang berlangsung di MAEPS Serdang. Motor ini akan menggantikan model Kawasaki Ninja 250 yang lepas dan juga Kawasaki Ninja 250 SL.
Dengan berkuasakan 249cc, parallel-twin liquid cooled power plant, Kawasaki Ninja 250 2018 yang baru ini menghasilkan 39hp pada 12,500 rpm dan 23.5 Nm torque pada 10,000 rpm. Ini menunjukkan terdapat peningkatan bukan sahaja dari segi rupa bahkan dari segi prestasinya yang terdahulu iaitu 32hp pada 11,00 rpm dan 21 Nm pada 10,000 rpm.
Bagi memudahkan lagi tunggangan, motor ini dipacu dengan kotak gear 6 kelajuan yang dipertingkatkan dengan klac 'assist-and-slipper'.
Rupa Kawasaki Ninja 250 2018 ini kelihatan lebih garang selain dari memberikan pencahayaan yang lebih baik dengan muka yang baharu.
Jentera baru ini turut menggunakan speedometer digital, takometer tradisional dan penunjuk gear yang sama pada Kawasaki Ninja 650.
Antara ciri-ciri lain Kawasaki Ninja 250 2018 termasuklah:
Antara ciri-ciri lain Kawasaki Ninja 250 2018 termasuklah:
- Lampu belakang LED berilhamkan ZX-10R.
- Ergonomik tunggangan yang dipertingkatkan untuk keselesaan keseluruhan yang lebih baik.
- 164kg (berat basah dan lebih ringan dari model terdahulu).
- Tangki minyak dikecilkan ke 14 liter.
- Brake disc hadapan bersaiz 310mm yang lebih besar dari model lamanya.
- Brake disc belakang bersaiz 220mm kekal sama.
- Fork hadapan teleskopik 41mm.
- Ketinggian seat penunggang pada 78.5cc.
Terdapat dua pilihan warna setakat ini, iaitu Passion Red/Metallic Flat Spark Black dan Pearl Solar Yellow/Pearl Storm Grey/Ebony.
Klik gambar dibawah untuk lebih besar
Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas
0 Ulasan