Kawasaki telah mendedahkan versi terbaru bagi motosikal supercharge mereka iaitu Kawasaki H2 2019 yang telah dinaiktaraf semasa acara Bonneville Speed Week di Amerika Syarikat.
Kuasa asalnya yang 200HP kini dinaikkan kepada 231HP pada 11,500rpm. peralatan seperti salur udara, penapis udara, palam pencucuh dan beberapa lain lagi turut ditambah baik.
Breknya menggunakan brek yang sama seperti Ducati Panigale V4 iaitu Brembo Stylema empat piston yang menggunakan brake disc 330mm.
Tayar standardnya pula menggunakan Bridgestone Battlax RS11 bersaiz 120/70 R17 untuk tayar depan dan 200/55 R17 untuk tayar belakang. Kesemua lampu pada motor ini menggunakan sistem lampu LED.
Model baru ini akan dicat dengan cat anti-calar di mana ia akan mengekalkan warna krom unik padanya untuk tempoh yang lama dan membaik pulih sendiri sekiranya ada calar.
Motor ini turut didatangi dengan sistem sambungan kepada telefon pintar, panel instrumen yang berwarna baru membolehkan penukaran mod paparan sehingga empat pilihan. Paparan ini juga menyediakan informasi kadar boost.
Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas
0 Ulasan