Ducati Diavel akan mempunyai saingannya iaitu sebuah motor Harley-Davidson FXDR 114 2019, sebuah model cruiser sport yang baru sahaja dilancarkan yang berharga USD 21,439 (RM87,964) bagi model asasnya.
Ia menggunakan enjin V-Twin Milwaukee-Eight 114 (1,868 cc) yang kini menggunakan penapis dan laluan udara yang lebih besar. Ia mampu menghasilkan 160Nm tork pada 3,500rpm.
Beratnya juga dikurangkan sebanyak 4.6kg dan menjadikan model ini seberat 303kg termasuk bahan api. Motor ini berketinggian tempat duduk pada 720mm,didatangi rim aluminium 19 inci dihadapan dan 18 inci belakang.
Model ini juga menggunakan USD fork 43mm, brake disk berkembar 300mm dengan angkup empat piston di hadapan dan cakera terapung serta angkup dua piston di belakang. Suspensi belakang pula menggunakan single monoshock.
Lampu serta paparan LCD menggunakan LED. Tangki minyak pula mampu menampung sebanyak 16.7 liter.
Motor ini menggunakan sistem tanpa kunci, sistem keselamatan H-D Smart Security dan mempunyai soket pengecas USD. Didatangi dengan 6 pilihan warna bagi pasaran Amerika iaitu Vivid Black, Black Denim, Industrial Gray Denim, Wicked Red Denim, Bonneville Salt Denim dan Rawhide Denim.
Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
0 Ulasan