Ducati Hypermortard 2019 diintip dan kelihatan sedang menjalani ujian jalan raya. Jika diperhatikan pada gambar, motor yang baharu itu seakan menggunakan enjin baharu dan peredam ekzos berganda di bawah pelana. Ia berkemungkinan akan diperkenalkan sewaktu pertunjukan tahunan EICMA, di Milan, Itali, pada penghujung tahun ini.
Menurut sumber (MCN), ekzosnya itu mengasingkan bahagian pengubah pemangkin dan ‘baffles’nya dan bukannya menyatukan kedua-duanya di dalam satu unit. Ini adalah petanda jelas bahawa motor ini akan mematuhi piawaian Euro 5 yang bakal diperkenalkan pada tahun 2020.
Berkemungkinan model Supersport dan Multistrada juga akan mengikuti cara ini di mana emisi karbon monoksida, karbon monoksida, nitrus oksida dan juga pencemaran bunyi perlu mematuhi piawaian Euro 5 2020.
Enjin Hypermotard mungkin dilengkapi dengan DVT (Desmodromic Variable Timing) kerana sistem tersebut membolehkan kecekapan yang lebih baik di sepanjang julat ‘rev’.
Berdasarkan gambar, motor ini menggunakan sub kerangka keluli trellis yang baharu, menggantikan unit tempa ‘one-piece’ sebelum ini, pelitup klac dan alternator yang telah dibesarkan untuk menjadikannya lebih kalis bunyi, dan fork Marzocchi serta penyerap hentakan belakang tunggal Sachs.
Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas
0 Ulasan