![]() |
Yamaha YZF R15 2018 Malaysia |
Yamaha YZF R15 2018 Malaysia telah dilancarkan di Karnival Yamaha Gen Blu di Batu Kawan, Penang. Motor ini masih lagi menunggu kelulusan kerajaan dan dianggarkan berharga RM11,988.
Dikuasakan dengan 155cc, single-cylinder, liquid cooled engine dengan teknologi VVA menghasilkan 19hp pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm torque pada 8,500 rpm. Motor ini mempunyai 6 gear kelajuan dengan assist dan slipper clutch.
Secara fizikalnya, R15 ini mempunyai rupa yang sporty dimana tayar depan dan belakangnya yang lebar iaitu bersaiz 100/80-17 depan dan 140/70-17 belakang. Lampu LED pada hadapan dan belakang, juga terdapat lampu kecemasan serta LCD digital penuh pada paparan panel.
Suspensi hadapannya menggunakan upside-down forks tidak boleh dilaras dan monoshock belakang yang boleh dilaras. Tangki minyak pula mampu mengisi sebanyak 11 liter dan berat motor adalah sebanyak 137kg.
Terdapat tiga pilihan warna bagi model Yamaha YZF R15 2018 ini iaitu Hitam, Merah dan Biru. Jaminannya pula adalah selama setahun atau 10,000 km, atau mana yang terdahulu. Ia boleh didapati di pengedar sah Hong Leong Yamaha bermula hujung Ogos ini.
Klik gambar untuk lebih besar
Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas
0 Ulasan