About Me

header ads

Ducati Scrambler 1100 2018 Malaysia - RM83,000

Motor Malaysia Ducati Scrambler 1100 2018 Harga RM83,000 1100cc
Ducati Scrambler 1100 2018 Malaysia
Satu-satunya pengedar motor Ducati di Malaysia iaitu Next Bike Sdn Bhd secara rasminya melancarkan Ducati Scrambler 1100 2018 di Malaysia dengan dua variasi iaitu Ducati Scrambler 1100 Special yang berharga RM83,000 dan Ducati Scrambler 1100 Sport pada harga RM85,000 semasa majlis Art of Speed 2018 di MAEPS, Serdang.

Pengecualian cukai SST akan diberikan pada pembeli yang menempah mulai sekarang sehingga 5 Ogos 2018.

"Motorsikal Scrambler 1100 tampil bagi memenuhi segala permintaan penggemar motorsikal dengan menerapkan lebih banyak keseronokan, gaya dan kebebasan yang menjadi tanda aras rangkaian Scrambler ini.” Kata Encik Nazman Shah, Ketua Jabatan Dua-Roda, Naza Corporation Holdings.

"Jualan global bagi rangkaian Scrambler telah melonjak melebihi paras 46,000 unit sejak pengenalannya pada tahun 2015 dan kini, dengan ketibaan model Ducati Scrambler 1100 di Malaysia telah melengkapkan rangkaian tawaran Scrambler kami di sini, di mana keseluruhan rangkaian Scrambler kini boleh didapati melalui Ducati Malaysia,” tambahnya lagi.

Enjinnya berkapasiti 1,079cc, ‘L-Twin’ yang menghasilkan sehingga 86hp pada 7,500rpm dan 88.4Nm tork pada 4,750rpm.

Ducati Scrambler 1100 Special ini berfizikalkan ala klasik dan kontemporari manakala pada peminat Ducati yang inginkan rupa yang lebih garang mereka boleh memilih untuk memiliki Ducati Scrambler 1100 Sport.

Motor ini juga besar dan lebar yang akan dapat memberikan keselesaan pada penunggang dan sekaligus pada pemboncengnya juga.

Ciri berprestasi tinggi lain bagi motor ini termasuklah:
  • Kerangka keluli ‘upper spar’ Trellis serba baharu.
  • Sub rangka belakang aluminium.
  • Tangki minyak 15 liter.
  • Kit suspensi Öhlins (set Kayaba bagi Scrambler 1100 Special).
  • Fork hadapan terbalik 45mm.
  • Cornering ABS Bosch 9.1 MP.
  • Ducati Traction Control.
  • Dwi cakera hadapan 330mm dengan angkup 4 omboh Brembo M4.32B monobloc.
  • Mod penunggangan boleh pilih (Active, Journey, City).

Ducati Scrambler 1100 Special dihadirkan dalam warna Custom Grey manakala Ducati Scrambler 1100 Sport pula dengan warna Viper Grey. 
Sila klik gambar dibawah untuk lebih besar
Motor Malaysia Ducati Scrambler 1100 2018 Harga RM83,000 1100cc Motor Malaysia Ducati Scrambler 1100 2018 Harga RM83,000 1100cc
Motor Malaysia Ducati Scrambler 1100 2018 Harga RM83,000 1100cc Motor Malaysia Ducati Scrambler 1100 2018 Harga RM83,000 1100cc
Motor Malaysia Ducati Scrambler 1100 2018 Harga RM83,000 1100cc Motor Malaysia Ducati Scrambler 1100 2018 Harga RM83,000 1100cc

Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.

PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Catat Ulasan

0 Ulasan