About Me

header ads

Honda CBR650F 2014 dan Honda CB650F 2014 Malaysia.

Honda CBR650F 2014 dan Honda CB650F 2014 Motor Malaysia.
Sinar Turbo telah terlihat motor Honda CB650F 2014 di salah sebuah JPJ di Malaysia yang sedang dalam keadaan sedia untuk diuji dan didaftarkan (kami juga belum pasti). Dua jenis motor ini dikuasakan dengan 649cc. CB650 ini didatangi dengan dua versi iaitu versi full fairing dan versi naked. Motor ini dilabelkan sebagai motor Honda inline four entry-level yang boleh kita katakan bahawa motor ini mungkin berkos rendah.

Kuasa yg lebih tinggi adalah apa yang diingini oleh penuggang motor dan mereka juga inginkan motor yang mampu milik. Motor ini mempunyai 87bhp pada 11000rpm memberikan kuasa yang cukup bagi motor berkuasa 650cc. Torque pada motor pula ialah 62Nm pada 8000rpm. Jika dibandingkan dengan CB500, perbezaan yang ketara dapat dilihat pada horse power-nya kerana CB500 hanya mempunyai 47hp manakala CB650 mempunyai 87hp. Motor ini dilengkapi dengan double brake disk di tayar hadapan dan didatangi dgn pilihan sistem ABS. Dianggarkan harga bagi Honda CB650F 2014 ini ialah RM38k-RM40k dan CBR650F pula pada RM42k. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
Honda CBR650F 2014 dan Honda CB650F 2014 Motor Malaysia.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Catat Ulasan

5 Ulasan