About Me

header ads

Kawasaki 250SL RR Mono. Kawasaki 250CC Satu SIlinder Terbaru

Kawasaki 250SL RR Mono
Motor ini dikatakan mungkin menjadi motor single cylinder sports bikes dari Kawasaki. Tujuan Kawasaki membuat enjin satu silinder bagi motor baru ini adalah bagi mengurangkan kos pada motor. Kerana jika dilihat pada saingan jenama yang lain seperti Honda dan KTM yang hanya menggunakan satu silinder pada motor sports bike entry mereka seperti Honda CBR250R, penjualan motor Honda dan KTM adalah lebih tinggi kerana motor yang lebih murah dapat menarik orang ramai untuk membeli motor ini. 


Isu motor apa yang lebih laju ataupun motor apa yang lebih berkuasa bukanlah menjadi isu penting lagi bagi sesebuah kelas, isu harga sesebuah motor adalah yang lebih menarik perhatian seseorang pembeli walaupun pada CC yang sama.
Menurut sebuah blog dari seberang, Motor baru ini mempunyai enjin 250cc satu silinder. Tayar dan brake hampir mirip seperti Ninja 250. Frame motor ini dikatakan menggunakan steel trellis design. 
Ada khabar angin lain mengatakan motor ini akan didatangi dengan versi fairing dan naked. Versi fairing diberikan nama Kawasaki 250SL RR Mono dan versi naked pula diberikan nama Kawasaki 250SL Mono.
Adakah motor ini akan masuk pasaran motor Malaysia? Sama-sama kita nantikan. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
Kawasaki 250SL RR Mono
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Catat Ulasan

3 Ulasan