About Me

header ads

KTM 1190 Adventure 2014 Menggunakan Teknologi MSC

Motor Malaysia KTM 1190 Adventure 2014 Melancarkan Teknologi MSC
KTM mengumumkan sebuah sistem menunggang yang baru yang bernama Motorcycle Stability Control (MSC), yang akan dilancarkan pada motor KTM 1190 Adventure dan KTM 1190 Adventure R pada tahun 2014.
Sistem ini dibangunkan oleh Bosch dan MSC menggunakan kombinasi ABS dan Traction control walaupun semasa mengambil selekoh tajam. Sensor sistem ini akan mengumpul data kelajuan roda dan tahap condong motor semasa mengambil selekoh, accelaration dan tekanan brake. Data-data tersebut akan diproses dan data yang didapati akan meng-stabilkan motor ketika mengambil selekoh.
Motor Malaysia KTM 1190 Adventure 2014 Melancarkan Teknologi MSC
Mengikut KTM, MSC dapat memberikan:
  • Menghalang roda dari tergelincir semasa brake dan baring.
  • Mengurangkan motorsikal tersebut dari membetulkan kestabilannya secara automatik semasa selekoh tajam.
  • Mengalirkan tekanan brake pada dua-dua roda walaupun hanya salah satu brake sahaja yang digunakan.
  • Menghalang tayar depan terangkat semasa memecut.
  • Mengahalang tayar belakang tergelincir semasa baring di selekoh.
Yang lebih menarik, teknologi MSC yang baru ini boleh dipasang pada motor model 1190 Adventure 2013 dan 1190 Adventure R 2013.
Bosch menghasilkan sebuah video menerangkan bagaimana teknologi ini berfungsi.

KTM 1190 Adventure 2014 dan KTM Adventure R 2014 mempunyai 148hp 1195cc V-Twin Engine, chrome molybdenum steel tubular space frame, WP suspension dan radially-mounted Brembo brakes.
Diharapkan, teknologi MSC Bosch ini akan dimasukkan pada model KTM yang akan datang iaitu KTM 1290 Super Duke R dan model-model high performance dari jenama motor yang lain. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
Motor Malaysia KTM 1190 Adventure 2014 Melancarkan Teknologi MSCMotor Malaysia KTM 1190 Adventure 2014 Melancarkan Teknologi MSC
[Sumber: KTM]
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Catat Ulasan

0 Ulasan