Ducati Panigale 899 2014, motor ini mempunyai 899cc dengan 100mm bore dan 57.2mm stroke yang dibangunkan dengan ciri pada enjin versi 1199. Pihak Ducati memberitahu bahawa motor ini dapat menghasilkan 148hp pada 10750rpm dan 73 ft-lb torque pada 9000rpm. Ini memberikan peningkatan berbanding model 848 EVO yang dikatakan hanya dapat menghasilkan 140hp. Pada masa yang sama, pihak Ducati memberitahu motor ini mempunyai berat sebanyak 425.5 pounds termasuk berat 4.5 gallon minyak (full tank). Ini menjadi motor Panigale 899 ini mempunyai berat 1.5 pounds lebih ringan berbanding 848 EVO.
Seperti enjin Panigale 1198cc, enjin pada 899 ini juga adalah 90-degree twin dengan front cylinder rotated 21 degree dari menegak, membenarkan posisi enjin motor lebih berada dikedudukan hadapan dan dapat mengimbang dengan berat bahagian belakang motor.
Motor ini mempunyai 3 mode pilihan iaitu Race, Sport dan Wet. Pada mode Race dan Sport motor ini dapat memberikan kuasa kuda yang penuh iaitu 148hp, Sport mode memberikan respon yang lebih lancar manakala Wet mode pula mempunyai had pada 110hp sahaja.
Terdapat 6 transmisi gear pada motor ini seperti yang digunakan pada versi Panigale 1199 dan juga mempunyai quick shift sebagai equipment standard.
Seperti yang dibongkarkan pada post yang lepas, Ducati Panigale 899 ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti abangnya iaitu 1199 melainkan pada swingarmnya yang menggunakan double-sided swingarm dan dilengkapi dengan Showa Big Poston Fork dan Sachs.
Ducati Panigale 899 2014 ini akan dikeluarkan dengan dua warna iaitu warna merah yang dilengkapi dengan sportrim hitam dan warna putih yang dilengkapi dengan sportrim berwarna merah. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas
0 Ulasan