About Me

header ads

BMW NineT 2014 - Spyshot

Majalah Motor German, Motorrad Magazin membongkarkan beberapa gambar motor BMW yang akan datang. Khabar angin mengatakan ia mungkin dinamakan NineT. Gambar tiga buah motor diambil di sebuah stesen minyak di nothern Itali dikatakan masih dalam peringkat percubaan dan akan berada dipasaran tidak lama lagi.
Nama pada motor ini iaitu NineT diberikan adalah sempena ulangtahun ke 90. Logo berbentuk bulat pada tangki minyak adalah masih samar-samar tapi kami yakin bahawa ia merupakan motor BMW yang akan datang dan dilengkapi dengan twin air-cooled cylinders dan paralever suspension dengan drive shaft. Headlight dan spoke wire pada rim memberikan sentuhan retro pada motor. Tangki minyak pula kelihatan panjang dan terdapat juga sedikit side fairing.
Ekzos motor NineT pada gambar yang pertama tidak kelihatan, tetapi dua gambar dibawah menunjukkan dua jenis ekzos yang berlainan. Ada yang menggunakan double ekzos yang terletak dibahagian kiri tayar blakang dan lagi satu adalah single ekzos yang tinggi terletak dibahagian kiri tayar belakang.

BMW mungkin hanya mahu mencuba aftermarket ekzos pada motor kerana motor ini bukan sahaja berkemungkinan datang dengan versi ekzos yang berlainan, malah, terdapat juga versi seat motor yang berlainan, headlamp berlainan dan juga cat motor yang berlainan. Motorrad Magazin mengatakan BMW akan memberitahu secara rasmi mengenai NineT pada 16 Oktober. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas.
[Sumber: Motorrad Magazin]

Catat Ulasan

0 Ulasan