Review bagi kali ini adalah dari salah seorang pembaca website ini dan juga merupakan pengguna motor Benelli TNT 600. Pada yang masih ragu-ragu mengenai motor ini, pasti akan dapat pencerahan selepas membaca post ini.
Chasis motor ini direkabentuk oleh Benelli sendiri. Untuk pengetahuan anda, motor yang dikeluarkan untuk pasaran mempunyai 82bhp yang dimana pada versi prototype-nya mempunyai 100bhp keatas.
Soalan yang selalu ditanya-tanya. (FAQ)
1) Adakah enjin motor ini diperbuat daripada China (Qian Jiang)?
- Enijn motor ini masih lagi belum dipastikan samada ia buatan Italy atau pun China. Jadi, sattement yang diatas masih lagi belum
2) Bagaimana denga spare part motor ini?
- Drive chain yang digunakan pada motor ini bukanlah murah. Ia menggunakan jenama Regina Italy ZRP. Jika tidak salah, sport rim yang digunakan bagi motor ini berjenama ZRW Europe. Motor ini dikawal dengan 2 unit ECU daripada Walbro Inc. 1 ECU mengawal 2 silinder. Ekzos, enjin, headlamp dan signal masih belum dikenal pasti, hanya sign Benelli sahaja yang kelihatan. Lampu dikuasakan dengan Osram inc.
3) Bagaimana dengan kualiti motor?
- Jawapannya adalah subjektif. Secara umumnya mereka harus mempunyai ISO cert. 9001 standard quality atau kawalan kualiti (Benelli) bagi motor ini.
4) Servis After sale?
- Terdapat pengguna Benelli TNT 600 di pantai timur yang mempunyai masalah kebocoran rear shock. Ia mengambil masa 2 minggu bagi menyelesaikan masalah ini (masih belum cukup baik) dan tanpa dikenakan caj. BKM atau Binelli-Keeway Malaysia memberikan jaminan warranty 1 tahun atau 10000km (whichever comes first). Setakat ini, pemilik motor Benelli TNT 600 tidak mempunyai masalah yang besar bagi motor ini dan mereka berpuas hati dengan motor dan service bagi motor ini.
5) Senang tak dapat parts di Malaysia ni?
- AKJB Tampoi Johor salah sebuah kedai menjual motor ini memberitahu, tiada masalah untuk mendapatkan parts. Dutanya En Ahmad Gorden Omar meyakinkan penggunanya bahawa tidak perlu risau dan segala pertanyaan boleh di tanya terus ke BKM hotline atau pun mailbox.
Untuk informasi lanjut mengenai motor ini, anda boleh pergi ke Facebook group Benelli TNT600 Malaysia Group. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas
0 Ulasan