CEO Yamaha Indian telah membuat keputusan untuk menghasilkan jentera sportsbike Yamaha 250cc mereka. Jentera ini akan dibuat di India bagi mengurangkan kos pembuatannya. Motor ini akan kategorikan sebagai salah sebuah motor 2014 keluaran Yamaha. Hiroyuki Suzuki berkata pada sebuah website business di India, Financial Chronicle, "Pada tahun 2014, kami akan melancarkan sebuah sportsbike 250 yang hebat bagi market India".
Dia juga mengesahkan, akan mengeksport motor Yamaha buatan India ini pada masa hadapan. Buat masa ini, apa yang pasti, mereka akan menghantar motor R15 buatan India ini ke Jepun bagi menguji market di sana.
Masih belum ada kata-kata mengenai rekabentuk 250cc ini (Gambar diatas bukanlah gambar rasmi). Persaingannya terbahagi kepada motor single dan twin cylinder. Motor yang dimaksudkan adalah Honda CBR250R dan Kawasaki Ninja 300. Jika market di Malaysia persaingan kuatnya pastinya terbahagi kepada tiga iaitu, single cylinder (Honda CBR250R), twin cylinder (Kawasaki Ninja 250R) dan V-twin (Naza Blade 250R).
Ada di antara mereka di luar sana yang mengharapkan versi 250 naked Yamaha iaitu FZ250 yang menggunakan enjin dan chasis yang sama seperti Yamaha 250cc yang akan datang. Perkara ini tidak perlu dihairankan kerana motor KTM 390 juga mempunyai 2 versi iaitu KTM Duke 390 dan KTM RC390 yang menggunakan enjin dan chasis yang sama. Ada juga ura-ura mengatakan Honda juga akan mengeluarkan model naked mereka yang juga menggunakan chasis dan enjin yang sama dengan Honda CBR250R. Tidak lupa juga kepada Jenama Kawasaki yang akan melancarkan model Z250 mereka di Malaysia dalam beberapa bulan sahaja lagi.
Triumph kini sedang dalam proses untuk melancarkan motor nake berkapasiti kecil mereka, dan dianggarkan mirip versi Street Triple mereka dan menggunakan single cylinder.
Info mengenai motor-motor ini memasuki pasaran di Malaysia masih lagi belum diketahui. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
0 Ulasan