About Me

header ads

Helmet GPS LiveMap

Motor Malaysia Helmet GPS LiveMap Accessories

Alat GPS yang berhubung melalui Bluetooth merupakan teknologi yang paling ramai digunakan oleh penunggang motor bagi mendapatkan hala tuju jalan dan bagi mengelakkan dari sesat jalan. Bagaimana jika kita dapat menggunakan teknologi helmet yang mempunyai GPS pada visor helmet? Syarikat dari Russia, LiveMap cuba menjadikannya sebuah realiti.

Syarikat ini sedang didalam proses mencipta teknologi ini untuk dimuatkan kedalam sebuah helmet. Pihak LiveMap berkata, imej yang dipaparkan di visor adalah selamat, tidak mengganggu pandangan, dan bagi mengelakkan penggunaan gadget yang berasingan.

Dua 3000 mAh bateri dapat memberikan fungsi GPS ini berfungsi dengan lebih lama. Ia juga mempunyai microphone dan earphone yang memberikan penunggang untuk memberi dan menerima voice command tanpa mengalihkan tangan dari handle motor. Ia juga terdapat light sensor yang membolehkan ia menyelaras paparan mengikut tahap kecerahan.

G-sensor, gyroscope dan digital compass membuatkan ia menjadi lebih canggih yang dapat mengesan arah pergerakan kepala.

Pihak LiveMap akan menggunakan operating system mereka yang tersendiri dan tidak akan menggunakan iOS ataupun Android OS. Ini supaya ia dapat mengelakkan para penunggang dari menonton video atau sebarang paparan yang boleh mengganggu fokus semasa dalam perjalanan. Lihat video dibawah untuk melihat bagaimana ia berfungsi.


Motor Malaysia Helmet GPS LiveMap AccessoriesMotor Malaysia Helmet GPS LiveMap Accessories

Motor Malaysia Helmet GPS LiveMap Accessories

Catat Ulasan

0 Ulasan