About Me

header ads

Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia


NC700X
Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700X 2013 Magna Red Malaysia


Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700X 2013 Digital Silver Metallic Malaysia
Merupakan sebuah "New Concept Crossover" yang direkabentuk bagi kegunaan dalam bandar dan juga off road. NC700X menawarkan prestasi yang baik bagi sebuah motor off road dengan standard yang tinggi bagi keselesaan dan keselamatan dan juga kesenangan bagi sebuah motor street bike. Penunggang yang baru dan juga yang berpengalaman akan merasakan motor NC700X ini adalah sebuah motor yang sangat praktikal. Pada penunggang yang baru, ciri motor yang mudah dikawal ini membuatkan penunggang rasa seronok menunggang.

Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700X 2013 Pearl Sunbeam White Malaysia
Mempunyai ciri yang lebih kurang sama seperti NC700S, NC700X ini menggunakan liquid-cooled, 2 cylinder inline, enjin 670cc. Tujuan binaan motor yang ringan membuatkan motor ini dapat memberikan torque yang kuat. Bagi penjimatan minyak, motor ini mempunyai PGM-Fuel Injection dan Stoichiometric analysis, yang dapat memberikan ratio minyak dan udara yang tepat diperlukan bagi menyempurnakan letupan pada engine. Ia menggunakan 1 liter minyak bagi setiap 27.9km (bergantung kepada cara penggunaan) dan dapat berjalan hampir 400km bagi tangki minyak penuh.

Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700X 2013 Darkness Black Metallic Malaysia
Motor NC700X ini datang dengan 6 kelajuan gear manual atau Generasi kedua Transmisi Dual Clutch Honda. Sistem ini menawarkan manual transmisi dan juga automatik transmisi. Bagi prestasi brek pula, ia menawarkan sistem ABS iaitu Anti-lock Braking System. Honda NC700X 2013 Malaysia ini datang dengan warna Darkness Black Metallic, Digital Silver Metallic, Pearl Sunbeam White dan Magna Red.



NC700S
Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700S 2013 Pearl Sunbeam White Malaysia
Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700S 2013 Seal Silver Metallic Malaysia


"New Concept Fun Naked" sebuah model bagi yang menggemari cabaran. NC700S merupakan sebuah produk keperluan yang simple. Ia menyampaikan konsep keseronokan menunggang dan mudah pengguna pada harga yang berpatutan. Ia menawarkan kegunaan yang praktikal dan gaya naked yang versatile.



Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700S 2013 Graphite Black Malaysia
Ciri-ciri NC700S ini ialah, liquid-cooled, 2 silinder inline, enjin 670cc. Tujuan binaan motor yang ringan membuatkan motor ini dapat memberikan torque yang kuat. Bagi penjimatan minyak, motor ini mempunyai PGM-Fuel Injection dan Stoichiometric analysis, yang dapat memberikan ratio minyak dan udara yang tepat diperlukan bagi menyempurnakan letupan pada engine. Ia menggunakan 1 liter minyak bagi setiap 27.9km (bergantung kepada cara penggunaan) dan dapat berjalan hampir 400km bagi tangki minyak penuh.


Motor NC700S ini datang dengan 6 kelajuan gear manual atau Generasi kedua Transmisi Dual Clutch Honda. Sistem ini menawarkan manual transmisi dan juga automatik transmisi. Bagi prestasi brek pula, ia menawarkan sistem ABS iaitu Anti-lock Braking System

Motor Honda NC700S 2013 ini juga datang dengan ruang bagi menyimpan helmet yang muat untuk menyimpan helmet fullface, digital multi-function instrument display, lightweight 17″ cast aluminium wheelsdannd broad radial tyres (depan 120/70, belakang 160/60). Model ini terdapat dalam warna Seal Silver Metallic, Pearl Sunbeam White and Graphite Black.


Harga showroom bagi Honda NC700X 2013 Malaysia adalah RM 53,988 (Standard edition) dan RM62,088 (ABS dengan DCT version), manakala Honda NC700S 2013 Malaysia berharga RM49,888 (Standard edition) and RM58,088 (ABS dengan DCT version)
 .
Kedua-dua NC700X dan NC700S didatangi dengan 2 tahun atau 20,000km Warranty Pengeluar.
Untuk infromasi lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas tol Boon Siew Honda Toll-Free di talian 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum).

Catat Ulasan

0 Ulasan