Suzuki GSX-S1000 untuk pasaran Motor Malaysia
Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. baru-baru ini secara rasminya melancarkan model terbaru jentera berprestasi tingginya Suzuki GSX-S1000 ABS 2015 untuk pasaran Motor Malaysia.

Suzuki GSX-S1000 ini mempunyai teknologi yang sama seperti Suzuki GSX-R. Ia juga mempunyai chasis yang dpt memberikan posisi tunggangan yang selesa.

Suzuki GSX-S1000 untuk pasaran Motor Malaysia

Suzuki GSX-S1000 ABS 2015 dikuasakan enjin 1,000cc (4-stroke, 4-cylinder, liquid-cooled, DOHC) yang dipadankan transmisi enam kelajuan (6-speed constant mesh). Model tersebut tersedia dalam pilihan tiga warna yang menarik iaitu biru, merah dan kelabu.
Harga asas yang ditawarkan untuk Suzuki GSX-S1000 ABS 2015 untuk pasaran Malaysia ialah sebanyak RM68,400.00 (Basic Sales Price).
Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.

Suzuki GSX-S1000 untuk pasaran Motor MalaysiaSuzuki GSX-S1000 untuk pasaran Motor Malaysia
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas



Pada sesiapa yang terlepas untuk menghadiri Pirelli World SBK Malaysian Round pada bulan Ogos lepas, anda terlepas peluang untuk melihat sendiri Modenas TTR200 di depan mata anda. TTR bermaksud Teh Tarik Racer yang menggambarkan style motor itu sendiri iaitu Cafe Racer.

Ia dikatakan menggunakan enjin motor Modenas Jaguh yang dulunya pernah dikeluarkan Modenas yang mempunyai 175cc. Motor ini kemungkinan telah diubah suai ke 200cc. 


Chasis motor dikatakan dibuat sendiri oleh Jurutera Modenas yang memberikan rupa yang menarik bagi keseluruhan motor.

Kami berharap motor ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, masih belum ada ura-ura untuk motor ini di keluarkan secara komersial.


Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.

PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas