Pengganti bagi Kawasaki Ninja KRR-ZX150 sudah pun tiba ini kerana peraturan UNECE akan dikuatkuasakan dimana motor yang menggunakan sistem 2-stroke tidak boleh lagi dikeluarkan. Kami menyangkal bahawa motor ini akan menjadi pengganti KRR-ZX150 kerana motor ini dapat menghasilkan kuasa yang sama seperti motor 2 stroke. Kawasaki Ninja KRR-ZX150 dapat menghasil kuasa kuda sebanyak 29.6hp

Kemungkinan besar Malaysia akan menerima motor Kawasaki Ninja 250SL atau dikenali sebagai Kawasaki 250RR Mono di Indonesia sebagai pengganti pada KRR-ZX150. SL pada hujung nama motor tersebut memberi maksud "super light", ini menandakan motor ini adalah motor yang ringan iaitu seberat 151kg sahaja. Ninja 250SL ini lebih ringan berbanding Honda CBR250R sebanyak 10kg.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, bilakah motor ini akan sampai di Malaysia. Khabar angin mengatakan motor ini mungkin akan sampai pada bulan Jun tahun ini. Harga motor masih lagi belum diketahui dan yang pastinya ia akan lebih murah berbanding Kawasaki Ninja 250R. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.

PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Honda CBR650F 2014 dan Honda CB650F 2014 Motor Malaysia.
Sinar Turbo telah terlihat motor Honda CB650F 2014 di salah sebuah JPJ di Malaysia yang sedang dalam keadaan sedia untuk diuji dan didaftarkan (kami juga belum pasti). Dua jenis motor ini dikuasakan dengan 649cc. CB650 ini didatangi dengan dua versi iaitu versi full fairing dan versi naked. Motor ini dilabelkan sebagai motor Honda inline four entry-level yang boleh kita katakan bahawa motor ini mungkin berkos rendah.

Kuasa yg lebih tinggi adalah apa yang diingini oleh penuggang motor dan mereka juga inginkan motor yang mampu milik. Motor ini mempunyai 87bhp pada 11000rpm memberikan kuasa yang cukup bagi motor berkuasa 650cc. Torque pada motor pula ialah 62Nm pada 8000rpm. Jika dibandingkan dengan CB500, perbezaan yang ketara dapat dilihat pada horse power-nya kerana CB500 hanya mempunyai 47hp manakala CB650 mempunyai 87hp. Motor ini dilengkapi dengan double brake disk di tayar hadapan dan didatangi dgn pilihan sistem ABS. Dianggarkan harga bagi Honda CB650F 2014 ini ialah RM38k-RM40k dan CBR650F pula pada RM42k. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
Honda CBR650F 2014 dan Honda CB650F 2014 Motor Malaysia.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

KTM Super Duke R 1290 R Special Edition Malaysia 2014 Motor Malaysia

Jika benar gambar di atas ini betul, ia merupakan satu kebanggaan bagi kita rakyat Malaysia kerana mendapat special edition KTM Super Duke R 1290 ini. Kita tahu bahawa pihak KTM kini sedang giat meluaskan pasaran mereka di negara-negara asia dan negara Malaysia merupakan negara pertama dipilih sebagai negara yang akan menerima pengeluaran motor KTM Super Duke R 1290 ini. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.

KTM Super Duke R 1290 R Special Edition Malaysia 2014 Motor MalaysiaKTM Super Duke R 1290 R Special Edition Malaysia 2014 Motor Malaysia
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas