Ramai antara kita dah dengar dan ada yang antara kita dah lihat didepan mata kita sendiri motor Yamaha FZ150 2014. Dan kini di laman media social telah hebat diperkatakan dan di sebarkan mengenai gambar motor ini. Kami pasti motor ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Antara spesifikasi pada motor ini termasuklah sistem brek belakang yang baru, headlamp yang lebih menarik, dan tiada kick starter digunakan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Motor ini masih mempunyai enjin 149cc, silinder tunjang, liquid cooled SOHC dengan sistem fuel injection dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, gambar yang ditunjukkan ini masih lagi belum di finalise-kan. Jadi, kita tunggu dan lihat rupa motor ini semasa ia dilancarkan nanti. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.

PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Motor Malaysia MV Agusta Dragster 800 800cc
MV Agusta meneruskan debaran dengan model Dragster terbaru mereka yang akan datang dengan menyiarkan sebuah video teaser. Video teaser selama 55 saat menggunakan lagu Metallica dan dipenuhi dengan klip video burnout dan wheelie.

Video ini menunjukkan rupa sebenar handlebars, tail, dan tayar belakang yang lebar. Dari pandangan sisi kanan pula boleh dilihat triple exhaust MV Agusta yang menggunakan sistem enjin tiga silinder. Enjin motor ini mempunyai kuasa sebanyak 798cc seperti yang digunakan pada Brutale 800, Rivale dan Turismo Veloce yang mempunyai 123hp. Admin mengharapkan pihak MV dapat melancarkannya dan dipasarkan secepat mungkin. Sekarang ni motor tiga silinder hampir nak jadi trending. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
Motor Malaysia MV Agusta Dragster 800 800ccMotor Malaysia MV Agusta Dragster 800 800cc


Motor Malaysia MV Agusta Dragster 800 800ccMotor Malaysia MV Agusta Dragster 800 800cc


Motor Malaysia MV Agusta Dragster 800 800ccMotor Malaysia MV Agusta Dragster 800 800cc
 PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas



Kawasaki 250SL RR Mono
Motor ini dikatakan mungkin menjadi motor single cylinder sports bikes dari Kawasaki. Tujuan Kawasaki membuat enjin satu silinder bagi motor baru ini adalah bagi mengurangkan kos pada motor. Kerana jika dilihat pada saingan jenama yang lain seperti Honda dan KTM yang hanya menggunakan satu silinder pada motor sports bike entry mereka seperti Honda CBR250R, penjualan motor Honda dan KTM adalah lebih tinggi kerana motor yang lebih murah dapat menarik orang ramai untuk membeli motor ini. 


Isu motor apa yang lebih laju ataupun motor apa yang lebih berkuasa bukanlah menjadi isu penting lagi bagi sesebuah kelas, isu harga sesebuah motor adalah yang lebih menarik perhatian seseorang pembeli walaupun pada CC yang sama.
Menurut sebuah blog dari seberang, Motor baru ini mempunyai enjin 250cc satu silinder. Tayar dan brake hampir mirip seperti Ninja 250. Frame motor ini dikatakan menggunakan steel trellis design. 
Ada khabar angin lain mengatakan motor ini akan didatangi dengan versi fairing dan naked. Versi fairing diberikan nama Kawasaki 250SL RR Mono dan versi naked pula diberikan nama Kawasaki 250SL Mono.
Adakah motor ini akan masuk pasaran motor Malaysia? Sama-sama kita nantikan. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
Kawasaki 250SL RR Mono
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Honda CB250R / Honda CBR250F

Cerita mengenai HONDA CBR250F telah lama didengari. Sebuah naked bike yang menggunakan chasis dan enjin yang sama seperti CBR250R. Dan kini kita dapat lihat pada gambar bagaimana rupa motor Honda CBR250F ini. Gambar ini dijumpai di sebuah autoshow Honda di negara jiran. Pada gambar dapat dilihat berkemungkinan terdapat "typo" atau salah eja pada caption gambar. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.

PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas