BMW NineT 2014 - Spyshot

Majalah Motor German, Motorrad Magazin membongkarkan beberapa gambar motor BMW yang akan datang. Khabar angin mengatakan ia mungkin dinamakan NineT. Gambar tiga buah motor diambil di sebuah stesen minyak di nothern Itali dikatakan masih dalam peringkat percubaan dan akan berada dipasaran tidak lama lagi.
Nama pada motor ini iaitu NineT diberikan adalah sempena ulangtahun ke 90. Logo berbentuk bulat pada tangki minyak adalah masih samar-samar tapi kami yakin bahawa ia merupakan motor BMW yang akan datang dan dilengkapi dengan twin air-cooled cylinders dan paralever suspension dengan drive shaft. Headlight dan spoke wire pada rim memberikan sentuhan retro pada motor. Tangki minyak pula kelihatan panjang dan terdapat juga sedikit side fairing.
Ekzos motor NineT pada gambar yang pertama tidak kelihatan, tetapi dua gambar dibawah menunjukkan dua jenis ekzos yang berlainan. Ada yang menggunakan double ekzos yang terletak dibahagian kiri tayar blakang dan lagi satu adalah single ekzos yang tinggi terletak dibahagian kiri tayar belakang.

BMW mungkin hanya mahu mencuba aftermarket ekzos pada motor kerana motor ini bukan sahaja berkemungkinan datang dengan versi ekzos yang berlainan, malah, terdapat juga versi seat motor yang berlainan, headlamp berlainan dan juga cat motor yang berlainan. Motorrad Magazin mengatakan BMW akan memberitahu secara rasmi mengenai NineT pada 16 Oktober. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas.
[Sumber: Motorrad Magazin]

Motor Malaysia KTM 1190 Adventure 2014 Melancarkan Teknologi MSC
KTM mengumumkan sebuah sistem menunggang yang baru yang bernama Motorcycle Stability Control (MSC), yang akan dilancarkan pada motor KTM 1190 Adventure dan KTM 1190 Adventure R pada tahun 2014.
Sistem ini dibangunkan oleh Bosch dan MSC menggunakan kombinasi ABS dan Traction control walaupun semasa mengambil selekoh tajam. Sensor sistem ini akan mengumpul data kelajuan roda dan tahap condong motor semasa mengambil selekoh, accelaration dan tekanan brake. Data-data tersebut akan diproses dan data yang didapati akan meng-stabilkan motor ketika mengambil selekoh.
Motor Malaysia KTM 1190 Adventure 2014 Melancarkan Teknologi MSC
Mengikut KTM, MSC dapat memberikan:
  • Menghalang roda dari tergelincir semasa brake dan baring.
  • Mengurangkan motorsikal tersebut dari membetulkan kestabilannya secara automatik semasa selekoh tajam.
  • Mengalirkan tekanan brake pada dua-dua roda walaupun hanya salah satu brake sahaja yang digunakan.
  • Menghalang tayar depan terangkat semasa memecut.
  • Mengahalang tayar belakang tergelincir semasa baring di selekoh.
Yang lebih menarik, teknologi MSC yang baru ini boleh dipasang pada motor model 1190 Adventure 2013 dan 1190 Adventure R 2013.
Bosch menghasilkan sebuah video menerangkan bagaimana teknologi ini berfungsi.

KTM 1190 Adventure 2014 dan KTM Adventure R 2014 mempunyai 148hp 1195cc V-Twin Engine, chrome molybdenum steel tubular space frame, WP suspension dan radially-mounted Brembo brakes.
Diharapkan, teknologi MSC Bosch ini akan dimasukkan pada model KTM yang akan datang iaitu KTM 1290 Super Duke R dan model-model high performance dari jenama motor yang lain. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
Motor Malaysia KTM 1190 Adventure 2014 Melancarkan Teknologi MSCMotor Malaysia KTM 1190 Adventure 2014 Melancarkan Teknologi MSC
[Sumber: KTM]
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Gambar Hafizh Syahrin Sujud Syukur. 
Lihat video dibawah.

Hafizh Syahrin, sujud syukur di Litar Navvara setelah memenangi pelumbaan kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol. Juara podium (Tempat pertama) pertama anak Malaysia di eropah dalam mana-mana kejohanan dan kelas pelumbaan motosikal di Eropah. Terima kasih kepada Mohd Shahmi kerana mengupload video ini, dan tahniah kepada Hafiz Syahrin. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik gambar untuk lebih jelas

Motor Malaysia Model Z Terbaru Kawasaki 2014
Pada awal bulan ini, Kawasaki telah melancarkan model Ninja 1000 atau nama lain ialah Kawasaki Z1000SX 2014 dengan beberapa upgrade dari segi electronic ada motor. Adalah sesuatu yang tidak mustahil jika model versi Z streetfighter mereka juga akan dikeluarkan.Dengan itu, Kawasaki menghasilkan sebuah video teaser bagi pelancaran model Z terbaru ini pada 5 November 2013.

Kami berharap, model Z yang baru ini akan mempunyai ABS, mode menunggang yang boleh dipilih, traction control dan brake monobloc seperti yang terdapat pada Ninja 1000 yang terbaru. Perkara yang paling penting yang ingin dilihat adalah sama ada model terbaru Z ini adalah Z1000 baru ataupun model Z yang mempunyai enjin displacement yang berlainan, atau erti kata lain, CC yang berlainan.
Video teaser tidak memberikan apa-apa klue atau petunjuk samada ia benar-benar model 1000cc ataupun tidak. Tapi sangkaan yang paling kuat adalah model Z1000. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
Motor Malaysia Model Z Terbaru Kawasaki 2014 
Motor Malaysia Model Z Terbaru Kawasaki 2014Motor Malaysia Model Z Terbaru Kawasaki 2014
Motor Malaysia Model Z Terbaru Kawasaki 2014Motor Malaysia Model Z Terbaru Kawasaki 2014
[Sumber: Kawasaki] 
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Ducati Panigale 899 2014

Ducati Panigale 899 2014, motor ini mempunyai 899cc dengan 100mm bore dan 57.2mm stroke yang dibangunkan dengan ciri pada enjin versi 1199. Pihak Ducati memberitahu bahawa motor ini dapat menghasilkan 148hp pada 10750rpm dan 73 ft-lb torque pada 9000rpm. Ini memberikan peningkatan berbanding model 848 EVO yang dikatakan hanya dapat menghasilkan 140hp. Pada masa yang sama, pihak Ducati memberitahu motor ini mempunyai berat sebanyak 425.5 pounds termasuk berat 4.5 gallon minyak (full tank). Ini menjadi motor Panigale 899 ini mempunyai berat 1.5 pounds lebih ringan berbanding 848 EVO. 
Seperti enjin Panigale 1198cc, enjin pada 899 ini juga adalah 90-degree twin dengan front cylinder rotated 21 degree dari menegak, membenarkan posisi enjin motor lebih berada dikedudukan hadapan dan dapat mengimbang dengan berat bahagian belakang motor. 
Motor ini mempunyai 3 mode pilihan iaitu Race, Sport dan Wet. Pada mode Race dan Sport motor ini dapat memberikan kuasa kuda yang penuh iaitu 148hp, Sport mode memberikan respon yang lebih lancar manakala Wet mode pula mempunyai had pada 110hp sahaja.

Terdapat 6 transmisi gear pada motor ini seperti yang digunakan pada versi Panigale 1199 dan juga mempunyai quick shift sebagai equipment standard.
Seperti yang dibongkarkan pada post yang lepas, Ducati Panigale 899 ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti abangnya iaitu 1199 melainkan pada swingarmnya yang menggunakan double-sided swingarm dan dilengkapi dengan Showa Big Poston Fork dan Sachs.
Ducati Panigale 899 2014 ini akan dikeluarkan dengan dua warna iaitu warna merah yang dilengkapi dengan sportrim hitam dan warna putih yang dilengkapi dengan sportrim berwarna merah. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.


PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas