Wheelie Sebelah Tangan Bersama 5 Orang


Melakukan wheelie sememangnya kelihatan hebat tetapi perlulah kena pada masa dan tempatnya. Sebagai peminat aksi stunt motor semestinya merasakan dapat melakukan aksi ini selama mana yang dikehendaki. Tetapi di Pakistan, penunggang motorsikal didalam video ini membuat aksi yang lebih mengejutkan. Dia adalah Malik Heera, ketua kumpulan Okara Wheelers yang nama kumpulannya berasaskan nama tempat tinggal mereka. 

Heera melakukan aksi wheelie dengan menambah jumlah penumpang seramai 4 orang dan dengan sengaja melepaskan sebelah tangannya semasa melakukan aksi tersebut. Lebih memeranjatkan, tiada satu pun daripada mereka yang memakai alat keselamatan. Lihat video di bawah. 

Tiada ulasan

Leave a Reply