Vespalogy: Kronologi Vespa


NOMOON sebuah studio grafik juga merupakan sebuah peminat motor Vespa. NOMOON menghasilkan sebuah video animasi yang memaparkan beberapa rekabentuk dari sejarah syarikat bermula dari 1943 MP5 prototype sehinnga Vespa 946 yang akan datang.
Kebanyakan model yang dipaparkan didalam video menunjukkan ikon atau ciri-ciri Vespa yang tersendiri. Model Vespa tahun 1949 iaitu Vespa 125 Corsa merupakan motor yang mempunyai fairing yang aerodynamic dan mempunyai tangki minyak di bahagian depan tempat duduk. Motor ini dikatakan banyak memenangi perlumbaan di Italy.
Selain itu, ada juga beberapa rekabentuk Vespa yang pelik seperti Vespa Montlhery 1950 yang mencatat sebanyak 17 rekod dunia, Scooter tentera Vespa TAP 1956, Kereta kecil Vespa 400 1957 dan kereta selam dan terbang Vespa 1967 yang di-feature kan di dalam movie "Dick Smart, Agent 2007".


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Tiada ulasan

Leave a Reply