Suzuki V-Strom 1000 2014 (Concept)

Motor Malaysia Suzuki V-Strom 1000 2014 (Concept)
Suzuki kini sedang membuat ujian keatas motor V-Strom 1000 edisi 2014 mereka. Berdasarkan pada gambar diatas, Suzuki V-Strom 1000 yang baru ini masih mengekalkan kapsiti enjin yang sama iaitu enjin V-Twin 996cc yang pada mulanya dilihat pada 11 tahun yang lalu. Perubahan yang ketara yang dapat dilihat pada motor ini sudah tentunya pada rekabentuknya. Rekabentuk yang baru ini mempunyai muncung seperti Ducati Multistrada.
Selain itu, motor ini juga menggunakan 19-inchi rim hadapan dan 17-inchi rim belakang yang memberikan ia lebih style pada motor. Jika dilihat pada gambar, fork motor ini juga telah menggunakan fork inverted yang menggantikan unit motor lama mereka. Ini menunjukkan suspension belakang telah diberikan sentuhan modern.
Motor ini juga menggunakan 4 piston Tokico radial-mount caliper, dan jika dilihat secara teliti, juga terdapat ABS ring. Ring ini masih lagi belum dikenal pasti fungsinya samada akan digunakan bagi mengesan kelajuan motor mahupun bagi sistem traction control.
Dan tidak hairan jika motor touring ini boleh dilengkapi dengan saddle bag. Motor ini juga mempunyai headlight yang baru jika ingin dibandingkan dengan model lama. Tidak lupa juga, windscreen pada motor boleh di-adjust.

Tiada ulasan

Leave a Reply