MV Brutale Corsa

Motor Malaysia MV Brutale Corsa
MV Agusta menambahkan bilangan model motor 4 silinder mereka dengan 1078cc Brutale. Sebaris dengan motor Brutale 1090, 1090 R dan 1090 RR, MV Agusta akan menawarkan motor limited edition mereka iaitu Brutale Corsa.
Brutale Corsa ini mempunyai 1078cc dan 4 silinder 16 valve engine seperti model 1090 mereka yang lain. Motor ini mempunyai 156.2 hp pada 11900 rpm dan 73.8 ft-lb. pada 10100 rpm daripada enjin, ini cukup untuk memberikan kelajuan 265km sejam.
Untuk model Corsa ini, MV Agusta memberikan USD fork 43mm Ohlins Nix yang boleh dilaras. MV Agusta juga dilengkapi dengan roda forged aluminium yang lebih ringan dan caliper Brembo Monobloc.
Perubahan lain yang dapat dilihat ialah warna cat Pearl Red/Pearl White dengan trellis frame berkilat, brake lever, tempat duduk yang dijahit tangan, tempat pemijak kaki dan tudung tankungan brek dan clutch. Selain itu, terdapat juga design special pada tank pad, undertail, dan carbon fiber pada mudguard depan dan belakang.
Motor Malaysia MV Brutale CorsaMotor Malaysia MV Brutale Corsa
Motor Malaysia MV Brutale CorsaMotor Malaysia MV Brutale Corsa
Motor Malaysia MV Brutale CorsaMotor Malaysia MV Brutale Corsa



Tiada ulasan

Leave a Reply