Honda NC700 Ditambah 50cc

Motor Malaysia Honda NC700 Ditambah 50cc
Honda dianggarkan akan meng-update motor NC700 dengan penambahan 50cc pada enjin. Mengikut sumber yang didapati, penambahan 50cc pada enjin motor ini adalah supaya dapat memberikan jarak perbezaan dengan motor berkapasiti 500cc mereka. Ini supaya motor 500cc mereka dapat dijual dengan lebih laris dan pembeli dapat memilih dengan baik bergantung kepada kemampuan mereka.

Seperti yang kita ketahui, motor NC700 hanyalah 670cc dan bukanlah 700cc. Penambahan 50cc pada motor menjadikan ia berjumlah 720cc. Pertukaran nama pada motor kepada NC750 atau kekal dengan NC700 masih lagi belum diketahui.
Pada mereka yang menantikan motor Honda CBR 500, CB 500F dan CB500X akan nampak jarak perbezaannya dengan penambahan 50cc pada motor NC700. Penambahan 50cc ini dijangkakan dapat dilihat pada hujung tahun 2013 ini.

Pada yang meminati motor Honda Honda CBR 500, CB 500F dan CB500X anda sudah boleh membuat tempahan di kedai motor Welly yang terletak di Subang.

Motor Malaysia Honda NC700 Ditambah 50ccMotor Malaysia Honda NC700 Ditambah 50cc

Tiada ulasan

Leave a Reply