Dainese Akan Menghasilkan Teknologi Airbag pada BMW

Motorrad DoubleR RaceAir Dainese Akan Menghasilkan Teknologi Airbag pada BMW
BMW mengumumkan sebuah project bersama Dainese yang akan mengembangkan lagi teknologi equipment atau accessory menunggang yang menggunakan teknologi airbag dari syarikat Italy. Dua company ini juga akan bekerjasama bagi menghasilkan teknologi airbag pada motor BMW.
Produk baru ini akan menggunakan teknologi Dainese D-Air yang di-developed pada pelumba MotoGP seperti Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi. Produk pertama partnership mereka ialah Motorrad DoubleR RaceAir, ia merupakan one-piece racing suit yang diperbuat daripada kulit (lihat gambar diatas). Pihak BMW akan membuat ujian suit ini di Munich, Germany sebelum mereka melancarkan versi akhir mereka di EICMA di Milan, Italy pada bulan November.
Dainese juga akan membuatkan ia menjadi teknologi yang sesuai bagi motor BMW. BMW memberitahu, motor pertama mereka yang akan dilengkapi dengan teknologi airbag akan berada dipasaran pada tahun 2015 akan datang.
BMW bukanlah yang pertama yang ingin mengenakan airbag pada motor mereka. Syarikat Honda terlebih dahulu telah mengeluarkan motor Honda Gold Wing yang dilengkapi teknologi airbag pada motor mereka pada tahun 2006. Manakala BMW akan bekerjasama dengan Dainese bagi menghasilkan teknologi airbag kepada beberapa model motor mereka bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan penunggangnya. Sebarang infromasi lanjut, sila like facebook page kami.
PS: Klik pada gambar untuk lebih jelas

Tiada ulasan

Leave a Reply