Aprilia Tuono V4 R 2014

Motor Malaysia Aprilia Tuono V4 R 2014
Pada mereka yang menonton movie Bikers Kental pasti akan tahu salah sebuah motor Aprilia yang terdapat dalam movie itu adalah motor Aprilia Tuono. Kini Aprilia telah meng-update motor Tuono V4 R bagi tahun 2014 yang dilengkapi dengan anti-lock brake, tangki minyak yang lebih besar dan lebih horse power dengan enjin 1000cc V4 mereka.
Bosch 9MP ABS membuatkan motor ini menjadi lebih selamat dan hanya menambah sebanyak 2kg pada berat motor. ABS motor ini memberikan 3 mode pilihan iaitu Track, Sport, dan Hujan. ABS ini juga boleh dimatikan.
Motor ini mempunyai enjin yang sama seperti Aprilia RSV4, tetapi dengan update yang terbaru ini, terdapat sedikit perubahan pada sistem ekzos, penggunaan minyak, dan lain-lain. Update yang ada pada motor ini membuatkan kuasa motor ini naik sebanyak 2.7 hp. Motor ini menghasilkan 167.6 hp pada 11,500 rpm dan Torque pada motor ini masih kekal dari yang sebelumnya iaitu 82.2 ft-lb. pada 9500 rpm.
Traction control system pada motor ini telah di-refined supaya pengendalian motor menjadi lebih baik terutamanya semasa mengambil selekoh. Motor ini juga mempunyai tangki minyak yang lebih besar yang kini boleh diisi sebanyak 18.5 liter.
Aprilia Tuono V4 R ABS 2014 ini akan dikeluarkan dengan 2 warna iaitu putih dan hitam. Harga dan pengeluarannya di Malaysia masih lagi belum diketahui.
Motor Malaysia Aprilia Tuono V4 R 2014Motor Malaysia Aprilia Tuono V4 R 2014
Motor Malaysia Aprilia Tuono V4 R 2014Motor Malaysia Aprilia Tuono V4 R 2014
Motor Malaysia Aprilia Tuono V4 R 2014Motor Malaysia Aprilia Tuono V4 R 2014
Motor Malaysia Aprilia Tuono V4 R 2014

Tiada ulasan

Leave a Reply