KTM 1290 Super Duke R

Motor Malaysia KTM 1290 Super Duke R

KTM 1290 Super Duke R kini didalam pembikinan untuk dipasarkan. Seperti yang kita tahu, enjin motor ini menggunakan enjin KTM RC8 R Superbike. Tetapi kuasa kuda dan torque nya masih lagi menjadi misteri.

Jika bukan kerana video teasernya, motor ini mungkin hanya dianggap sebagai sebuah prototype yang hanya untuk pameran dan mungkin tidak akan menjadi realiti. Tapi, dengan adanya video tersebut yang menunjukkan aksi burnout, powerslide dan wheelie membuatkan orang ramai terfikir bahawa motor ini akan menjadi realiti dan motor yang berfungsi untuk ditunggang dan bukanlah untuk pameran semata-mata. Motor ini akan ditunggang secara rasmi di Goodwood Festival di UK pada Julai 12-14 2013.

Bekas pelumba MotoGP Jeremy McWilliams akan mendapat keistimewaan untuk menunggang jentera ini sepanjanag 2km jalan menaiki bukit.

“Ia merupakan satu penghormatan dapat menunggang di Goodwood, Tetapi, secara jujurnya ini merupakan motor yang terbaik saya pernah tunggang, ia lebih baik daripada beberapa motor yang berada di MotoGP," kata McWilliam. Dia juga berharap dapat menunjukkan sebuah pertunjukan yang hebat pada peminatnya di Goodwood.


Motor Malaysia KTM 1290 Super Duke R  Motor Malaysia KTM 1290 Super Duke RMotor Malaysia KTM 1290 Super Duke RMotor Malaysia KTM 1290 Super Duke R 
Motor Malaysia KTM 1290 Super Duke R

Tiada ulasan

Leave a Reply