Ducati Monster 1198 2014

Motor Malaysia Ducati Monster 1198 2014

Ducati Monster meraikan ulangtahun ke-20 nya. tetapi 21 tahun menjadikan ia lebih bermakna dengan kehadiran model terbaru mereka yang dikuasakan dengan enjim Ducati liquid-cooled Testastretta 1198cc.

Di sini terdapat 3 gambar yang Ducati Monster 2014 yang diambil secara rahsia. Detail rasmi masih lagi belum diketahui, tetapi dengan gambar yang diambil dapat memberikan sedikit sebanyak info mengenai motor ini.
 
Seperti yang dilihat di gambar, terdapat radiator yang memberikan kita info bahawa ini mungkin merupakan motor Monster yang pertama menggunakan liquid-cooled. Gambar yang diambil dari tepi menunjukkan motor ini menggunakan single-sided swingarm dan mempunyai ekzos ala Diavel.

Motor ini menggunakan kuasa enjin 1198cc Testastretta 11° V-Twin seperti yang digunakan pada motor Diavel. Jadi kita boleh mengharapa bahawa motor ini mempunyai kuasa kuda sebanyak 150hp dan juga bergantung kepada Ducati untuk menyelaras enjin.

Info selanjutnya akan diberitahu dalam masa beberapa bulan lagi dimana kami berharap pihak Ducati dapat mengumumkannya secara rasmi. 

Motor Malaysia Ducati Monster 1198 2014 Motor Malaysia Ducati Monster 1198 2014

Tiada ulasan

Leave a Reply