Motor Malaysia KTM 1290 Super Duke R

KTM 1290 Super Duke R kini didalam pembikinan untuk dipasarkan. Seperti yang kita tahu, enjin motor ini menggunakan enjin KTM RC8 R Superbike. Tetapi kuasa kuda dan torque nya masih lagi menjadi misteri.

Jika bukan kerana video teasernya, motor ini mungkin hanya dianggap sebagai sebuah prototype yang hanya untuk pameran dan mungkin tidak akan menjadi realiti. Tapi, dengan adanya video tersebut yang menunjukkan aksi burnout, powerslide dan wheelie membuatkan orang ramai terfikir bahawa motor ini akan menjadi realiti dan motor yang berfungsi untuk ditunggang dan bukanlah untuk pameran semata-mata. Motor ini akan ditunggang secara rasmi di Goodwood Festival di UK pada Julai 12-14 2013.

Bekas pelumba MotoGP Jeremy McWilliams akan mendapat keistimewaan untuk menunggang jentera ini sepanjanag 2km jalan menaiki bukit.

“Ia merupakan satu penghormatan dapat menunggang di Goodwood, Tetapi, secara jujurnya ini merupakan motor yang terbaik saya pernah tunggang, ia lebih baik daripada beberapa motor yang berada di MotoGP," kata McWilliam. Dia juga berharap dapat menunjukkan sebuah pertunjukan yang hebat pada peminatnya di Goodwood.


Motor Malaysia KTM 1290 Super Duke R  Motor Malaysia KTM 1290 Super Duke RMotor Malaysia KTM 1290 Super Duke RMotor Malaysia KTM 1290 Super Duke R 
Motor Malaysia KTM 1290 Super Duke R



Video diatas merupakan ujian top speed  yang dilakukan oleh Encik Rafi dari Melaka Bikers dan seorang rakannya, Encik Saiful. Seperti yang di dalam video, top speed Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia ialah 170km/h yang telah pun di uji side by side atau sebelah menyebelah dengan Ninja ZX-6R bagi menguji ketepatan meter motor ini.

Motor Malaysia Ducati Monster 1198 2014

Ducati Monster meraikan ulangtahun ke-20 nya. tetapi 21 tahun menjadikan ia lebih bermakna dengan kehadiran model terbaru mereka yang dikuasakan dengan enjim Ducati liquid-cooled Testastretta 1198cc.

Di sini terdapat 3 gambar yang Ducati Monster 2014 yang diambil secara rahsia. Detail rasmi masih lagi belum diketahui, tetapi dengan gambar yang diambil dapat memberikan sedikit sebanyak info mengenai motor ini.
 
Seperti yang dilihat di gambar, terdapat radiator yang memberikan kita info bahawa ini mungkin merupakan motor Monster yang pertama menggunakan liquid-cooled. Gambar yang diambil dari tepi menunjukkan motor ini menggunakan single-sided swingarm dan mempunyai ekzos ala Diavel.

Motor ini menggunakan kuasa enjin 1198cc Testastretta 11° V-Twin seperti yang digunakan pada motor Diavel. Jadi kita boleh mengharapa bahawa motor ini mempunyai kuasa kuda sebanyak 150hp dan juga bergantung kepada Ducati untuk menyelaras enjin.

Info selanjutnya akan diberitahu dalam masa beberapa bulan lagi dimana kami berharap pihak Ducati dapat mengumumkannya secara rasmi. 

Motor Malaysia Ducati Monster 1198 2014 Motor Malaysia Ducati Monster 1198 2014

Aprilia SR Motard 50 2014

Aprilia USA mengumumkan kemunculan motor scooter SR Motard 50 kepada dealership yang berada di US. Baru bagi pasaran US, Aprilia SR Motard 50 2014 ini mempunyai 50cc sahaja.

Menurut Aprilia, motor ini menggunakan enjin 4 stroke dan menghasilkan 4.6hp pada 9500 rpm dan 2.8 ft-lb. pada 8000 rpm. Motor ini memberikan penjimatan minyak yang sangat bagus. Penunggang dapat berjalan sejauh 439km dengan tangki minyak penuh sebanyak 7.2 liter minyak.

Sistem breknya mempunyai 220mm brake disc hadapan dengan dua-piston caliper dan sebuah 140mm drum brake belakang. Suspension hadapan ialah sistem telescopic fork dengan 76mm stroke manakala shock belakang pula ialah 86mm.

Features lain pula ialah continuously-variable transmission, seat dua warna, penyangkut beg pada leg shield dan ruang compartment di bawah seat yang boleh dimuatkan sebuah flip-up helmet.

Di US, Aprilia SR Motard 50 2014 ini berharga $1999.

Motor Malaysia Ducati 848 EVO Corse SE 2013

Seperti yang kita kenal, motor jenama Ducati sering menghasilkan sebuah motor yang cantik yang membuatkan kita sentiasa terfikir dan tidak lena tidur. Ducati 848 EVO Corse SE 2013 merupakan salah satu jentera cantik yang dihasilkan oleh Ducati. Dengan warna motor yang cantik ini, ia pasti dapat memukau peminat-peminat Ducati. Motor ini berharga dalam lingkungan RM115k


Perkataan EVO yang digunakan kepada 848 ini memberikan lebih 6hp menjadikan jumlah kuasa kudanya kepada 140hp dan torque meningkat ke 10kg yang menghasilkan pickup yang lebih bagus.

 

Spesifikasi Teknikal Ducati 848 EVO Corse SE 2013

Engine

Type
L-Twin cylinder, 4 valve per cylinder Desmodromic, liquid cooled
Displacement
849.4cc
Bore x Stroke
94×61.2mm
Compression ratio
13.2:1
▂Power
103 kW (140 hp) @ 10,500 rpm
▂Torque
98 Nm (72.3 lb-ft) @ 9,750 rpm
Technical data referring to power and torque was measured on an engine test stand at Ducati.
Fuel injection
Marelli electronic fuel injection, elliptical throttle bodies
Exhaust
Lightweight 2-1-2 system with catalytic converter and 2 lambda probes. Twin stainless steel mufflers

 

Transmission

Gearbox
6 speed
Primary drive
Straight cut gears, Ratio 1.84:1
Ratio
1=37/15 2=30/17 3=28/20 4=26/22 5=24/23 6=23/24
Final drive
Chain; Front sprocket 15; Rear sprocket 39
Clutch
Wet multiplate with hydraulic control

 

Chassis

Frame
Tubular steel Trellis frame in ALS 450
Front suspension
43mm fully adjustable usd forks
Front wheel
5-spoke in light alloy 3.50 x 17
Front Tyre
Pirelli Diablo Supercorsa SP, 120/70 ZR17
Rear suspension
Progressive linkage with fully adjustable Ohlins monoshock. Aluminium single-sided swingarm
Rear wheel
5-spoke light alloy 5.50 x 17
Rear tyre
Pirelli Diablo Supercorsa SP, 180/55 ZR17
Front wheel travel
127mm (5in)
Rear wheel travel
120mm (4.7in)
Front brake
2 x 330mm semi-floating discs, radially mounted Brembo Monobloc 4-piston callipers
Rear brake
245mm disc, 2-piston calliper
Instrumentation
Digital MotoGP derived unit with displays for: Speed, rev counter, lap times, time, air temp, coolant temp, battery voltage, A & B trips, fuel reserve trip, scheduled maintenance. Warning lights for: Neutral, turn signals, high-beam, rev-limit, oil pressure, fuel reserve. Plus: Integrated immobilizer system.

 

Dimensions and weight

Dry weight
167kg (368.2lb)
Weight data refers to the dry weight of the motorcycle without battery, lubricants and coolants for liquid-cooled models.
Wet weight (KERB)
195kg (429.9lb)
Kerb weights indicate total bike weight with all operating consumable liquids and a fuel tank filled to 90% of capacity (as per EC standard 93/93).
Seat height
830mm (32.6in)
Wheelbase
1430mm (56.3in)
Rake
24.5°
Trail
97mm (3.82 In)
Fuel tank capacity
18l – 4.8 gallon (US)
Number of seats
Dual seat
Motor Malaysia Ducati 848 EVO Corse SE 2013Motor Malaysia Ducati 848 EVO Corse SE 2013
Motor Malaysia Ducati 848 EVO Corse SE 2013Motor Malaysia Ducati 848 EVO Corse SE 2013
Motor Malaysia Ducati 848 EVO Corse SE 2013Motor Malaysia Ducati 848 EVO Corse SE 2013

Sumber: motomalaya.net

Motor Malaysia Helmet GPS LiveMap Accessories

Alat GPS yang berhubung melalui Bluetooth merupakan teknologi yang paling ramai digunakan oleh penunggang motor bagi mendapatkan hala tuju jalan dan bagi mengelakkan dari sesat jalan. Bagaimana jika kita dapat menggunakan teknologi helmet yang mempunyai GPS pada visor helmet? Syarikat dari Russia, LiveMap cuba menjadikannya sebuah realiti.

Syarikat ini sedang didalam proses mencipta teknologi ini untuk dimuatkan kedalam sebuah helmet. Pihak LiveMap berkata, imej yang dipaparkan di visor adalah selamat, tidak mengganggu pandangan, dan bagi mengelakkan penggunaan gadget yang berasingan.

Dua 3000 mAh bateri dapat memberikan fungsi GPS ini berfungsi dengan lebih lama. Ia juga mempunyai microphone dan earphone yang memberikan penunggang untuk memberi dan menerima voice command tanpa mengalihkan tangan dari handle motor. Ia juga terdapat light sensor yang membolehkan ia menyelaras paparan mengikut tahap kecerahan.

G-sensor, gyroscope dan digital compass membuatkan ia menjadi lebih canggih yang dapat mengesan arah pergerakan kepala.

Pihak LiveMap akan menggunakan operating system mereka yang tersendiri dan tidak akan menggunakan iOS ataupun Android OS. Ini supaya ia dapat mengelakkan para penunggang dari menonton video atau sebarang paparan yang boleh mengganggu fokus semasa dalam perjalanan. Lihat video dibawah untuk melihat bagaimana ia berfungsi.


Motor Malaysia Helmet GPS LiveMap AccessoriesMotor Malaysia Helmet GPS LiveMap Accessories

Motor Malaysia Helmet GPS LiveMap Accessories

Motor Malaysia Benelli TNT 600 RK6 2013
Benelli TNT 600 atau Benelli RK6 mempunyai design dari Italy. Walaupun motor ini mempunyai design Italy, tetapi motor ini diperbuat daripada China. Ini membuatkan motor ini menjadi motor 4 inline termurah di pasaran dengan berharga RM32000 OTR. Dijangkakan top speed motor Benelli TNT 600 ini dapat mencecah lebih dari 200km sejam. Motor ini boleh didapati di kedai BLH Motor. Lihat video dibawah daripada Encik Rafi dari Melaka Bikers.
Motor Malaysia Benelli TNT 600 RK6 2013Motor Malaysia Benelli TNT 600 RK6 2013


Klik pada gambar untuk lebih jelas

Helmet Reevu FSX1 MSX1 Malaysia
Reevu memberikan kemudahan revolusi teknologi cermin pandang belakang ke dalam dunia permotoran. Teknologi cermin pandang belakang atau rear view technology memberikan keselamatan yang lebih baik di jalan raya. Reevu telah berjaya mencipta teknologi pertama didunia yang mempunyai cermin pandang belakang pada helmet yang dapat memberikan pandangan sekeliling 360 darjah. Pihak Reevu yakin bahawa dengan teknologi ini, ia dapat mengelak kemalangan kerana mereka berkata "mencegah lebih baik dari mengubati (prevention is better than cure)". Model helmet yang dimaksudkan ialah Reevu FSX1.

Motor ini telah dikaji bertahun-tahun dan mempunyai ciri reka bentuk Italy dimana ia mempunyai rekabentuk yang segak dan aerodinamik juga memberikan tahap keselematan yang paling baik. Helmet ini memberikan tahap kesedaran kepada penggunanya tentang apa yang berlaku di bahagian belakang dengan adanya teknologi cermin pandang belakang.

Helmet Reevu FSX1 MSX1 MalaysiaHelmet Reevu FSX1 MSX1 MalaysiaHelmet Reevu FSX1 MSX1 MalaysiaHelmet Reevu FSX1 MSX1 Malaysia
Helmet Reevu FSX1 MSX1 Malaysia

Yamaha MT-09 2014 Motor Malaysia
Beberapa minggu yang lepas, Yamaha Europe telah mengeluarkan sebuah video bertajuk :"Dark Side of Japan" yang diperkatakan dapat "mengubah dunia sports bike". Pada hari ini, syarikat tersebut mengenalkan sebuah motor naked sportbike yang dikuasakan dengan enjin tiga silinder "Crossplane" yang dinamakan MT-09. Di North America, motor ini dinamakan Yamaha FZ-09.

Yamaha MT-09 2014 ini dikuasakan dengan enjin tiga silinder 847cc. Menurut Yamaha, Enjin MT-09 menghasilkan 113.4 hp pada 10,000 rpm dan 64.5 ft-lb. pada 8500 rpm. Dibandingkan dengan Yamaha FZ8 yang mempunyai enjin 4 silinder 779cc menghasilkan 104.7 hp pada 10,000 rpm dan 60.5 ft-lb. pada 8000 rpm. dengan berat basah 187.8kg, manakala MT-09 23kg lebih ringan berbanding FZ8.

Faktor penyebab motor ini menjadi lebih ringan adalah kerana CF aluminum die-cast frame yang baru dan  dapat memberikan keseimbangan yang bagus dan pada masa yang sama membuatkan MT-09 ini lebih slim dan compact.

Features yang lain termasuklah 3-into-1 exhaust system dengan underslung silencer, 14 liter tangki minyak, handlebars yang lebar, telescopic forks, dan horizontally-mounted rear shock dengan design asymmetric swingarm. Terdapat dua brake 298mm discs dihadapan dana sebuah brake 245mm disc di belakang. Juga terdapat versi ABS sebagai pilihan yang menambahkan 3kg pada jumlah berat.


MT-09 kelihatan seperti sebuah jentera motor yang seronok ditunggang. Kami berharap motor ini dapat menerjah pasaran Motor Malaysia.

Yamaha MT-09 2014 Motor MalaysiaYamaha MT-09 2014 Motor MalaysiaYamaha MT-09 2014 Motor Malaysia
Yamaha MT-09 2014 Motor Malaysia
Yamaha MT-09 2014 Motor MalaysiaYamaha MT-09 2014 Motor Malaysia
Yamaha MT-09 2014 Motor MalaysiaYamaha MT-09 2014 Motor MalaysiaYamaha MT-09 2014 Motor Malaysia
Yamaha MT-09 2014 Motor MalaysiaYamaha MT-09 2014 Motor MalaysiaYamaha MT-09 2014 Motor Malaysia
Yamaha MT-09 2014 Motor MalaysiaYamaha MT-09 2014 Motor MalaysiaYamaha MT-09 2014 Motor Malaysia

Motor Malaysia Aprilia Dorsoduro 750 2014
Aprilia USA mengumumkan Dorsoduro 750 edisi 2014 yang telah pun berada dipasaran seluruh negara (Malaysia mungkin lewat sedikit), kini dengan penambahan teknologi anti-lock brake sebagai standard equipment-nya.

Aprilia Dorsoduro 750 2014 ini menggunakan Dual Channel ABS Continental. Menurut Aprilia, sistem ini meninjau kelajuan kedua-dua tayar dan mengawalnya secara berasingan bagi tayar depan dan belakang.

Dorsoduro 750 ini dilengkapi dengan empat piston radial-mount calipers yang mencengkam dual wave-cut 320mm brake disc hadapan dan single-piston caliper 240mm brake disc belakang.

Dorsoduro 750 ini mempunyai 750cc, 90-degree V-Twin engine yang menurut Aprilia ia dapat menghasilkan 90.2 hp pada 8750 rpm dan 60.8 ft-lb. pada 4500 rpm. Sistem throttle ride-by-wire membolehkan penunggang mempunyai 3 mode: Sport bagi Performance yang aggresif, Touring pada yang ingin santai dan Rain bagi meningkatkan keselamatan menunggang semasa hujan. Tangki minyak ini boleh diisi sebanyak 3.2 gallon dimana dapat memberikan perjalan sejauh 124 batu. Harga motor ini bagi pasaran Motor Malaysia masih lagi tidak diketahui.

Motor Malaysia Aprilia Dorsoduro 750 2014Motor Malaysia Aprilia Dorsoduro 750 2014
Motor Malaysia Aprilia Dorsoduro 750 2014Motor Malaysia Aprilia Dorsoduro 750 2014Motor Malaysia Aprilia Dorsoduro 750 2014