Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia Kini Dipasaran

Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia

Kawasaki Ninja 250R 2013 MalaysiaJika dilihat kembali, Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia telah dilancarkan secara rasminya di pasaran Malaysia sekitar bulan Oktober 2012 yang lepas seiring dengan model Kawasaki yang lain iaitu Kawasaki Z800 2013 Malaysia dan Kawasaki ZX-6R 636 2013 Malaysia.

Namun oleh kerana pihak PDRM juga telah menempah motosikal berkenaan bagi unit peronda URB, maka berlaku kelewatan penghantaran motosikal tersebut kepada wakil-wakil pengedar di seluruh negara kerana motor-motor Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia ini adalah motor CKD.

Bagi anda yang sudah tidak sabar-sabar untuk memiliki Ninja 250R 2013 terbaru, berita baiknya ialah stok motosikal tersebut kini sudah berada di pasaran awam, seperti mana dimaklumkan oleh BLH Motor melalui laman Facebooknya beberapa hari yang lepas.

Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia

Tiada ulasan

Leave a Reply