Ya, tajuk itu tidak salah, bak kata orang putih "Title says it all". Tabik pada orang yang modify motor ini.


Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia

Kawasaki Ninja 250R 2013 MalaysiaJika dilihat kembali, Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia telah dilancarkan secara rasminya di pasaran Malaysia sekitar bulan Oktober 2012 yang lepas seiring dengan model Kawasaki yang lain iaitu Kawasaki Z800 2013 Malaysia dan Kawasaki ZX-6R 636 2013 Malaysia.

Namun oleh kerana pihak PDRM juga telah menempah motosikal berkenaan bagi unit peronda URB, maka berlaku kelewatan penghantaran motosikal tersebut kepada wakil-wakil pengedar di seluruh negara kerana motor-motor Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia ini adalah motor CKD.

Bagi anda yang sudah tidak sabar-sabar untuk memiliki Ninja 250R 2013 terbaru, berita baiknya ialah stok motosikal tersebut kini sudah berada di pasaran awam, seperti mana dimaklumkan oleh BLH Motor melalui laman Facebooknya beberapa hari yang lepas.

Kawasaki Ninja 250R 2013 Malaysia

Ducati Monster 795 ABS 2013 Malaysia
Ducati Monster 795 ABS 2013 MalaysiaDucati Monster 795 ABS 2013 MalaysiaDucati Monster 795 ABS 2013 MalaysiaDucati Monster 795 ABS 2013 Malaysia
Ducati Monster 795 ABS 2013 MalaysiaDucati Monster 795 ABS 2013 Malaysia

Secara globalnya. Ducati Monster merupakan motor yang paling laris dijual bagi jenama Ducati. Ia merupakan sebuah ikon yang melambangkan kepentingan sejarah bagi Ducati kerana 250 ribu Monster telah terjual.

Ducati Monster 795 ABS 2013 Malaysia ini merupakan sebuah jentera menarik bagi keluaran motor Monster. Ia juga merupakan ikon motor yang memberikan keselesaan, pemanduan yang lancar, dan memberikan kehangatan semasa menunngang dan meningkatkan rasa keselamatan bagi penunggang.

Ducati Monster 795 ABS 2013 Malaysia ini memberikan rasa yakin kepada penunggang.

Stail, performance dan keselamatan boleh didapati pada motor Ducati Monster 795 ABS 2013 Malaysia ini.

Harga bagi motor Ducati Monster 795 ABS 2013 Malaysia ini adalah RM 66,888.00.

Berikut adalah spesifikasi teknikal motor Ducati Monster 795 ABS 2013 Malaysia
Ducati Monster 795 ABS 2013 Malaysia Spesifikasi dan Harga

Kymco K-PIPE 125 2013 Malaysia
Kymco K-PIPE 125 2013 Malaysia
Kymco K-PIPE 125 2013 Malaysia merupakan motor terbaru yang dilancarkan oleh Kymco. Menurut iklan di laman Mudah.my, harga yang ditawarkan untuk K-PIPE 125 ini berharga RM6,188.00 OTR. Untuk keterangan lanjut sila tonton video youtube dibawah.

Sistem Ekzos Scorpion RP-1 GP Kawasaki Z800 2013 Malaysia
Selepas memasarkan Serket Taper, kali ini, Scorpion datang lagi dengan sistem ekzos RP-1 GP bagi motor Kawasaki Z800 2013 Malaysia. Ia merupakan mufler yang berbentuk silinder. Jika ingin dibandingkan dengan Serket Taper, Serket taper berbentuk sedikit segi empat pada hujung tabung ekzos. 
Sistem Ekzos Scorpion RP-1 GP Kawasaki Z800 2013 Malaysia
Dimensi bagi muffler yang pendek ini memberikan sifat aggresif kepada motor Kawasaki Z800 2013 Malaysia yang sememangnya sudah kelihatan garang. Keluasan lubang pada manifold ekzos dapat memberikan laluan udara yang lebih baik dan pada masa yang sama dapat memberikan bunyi yang garang pada motor Z800 ini. Muffler ini diperbuat dari carbon fiber supaya dapat memberikan keringanan pada keseluruhan binaan ekzos.
Sistem Ekzos Scorpion RP-1 GP Kawasaki Z800 2013 MalaysiaSistem Ekzos Scorpion RP-1 GP Kawasaki Z800 2013 Malaysia
Sistem ekzos Scorpion RP-1 GP bagi Kawasaki Z800 2013 Malaysia ini boleh didapati di Qbee Motor pada harga RM3,385.
Sistem Ekzos Scorpion RP-1 GP Kawasaki Z800 2013 Malaysia

Model-model dibawah ini berkemungkinan akan menerjah market motor Malaysia pada tahun 2013. Kini, rakyat Malaysia mempunyai lebih pilihan dalam memilih motor berkuasa tinggi dan harga yang ditawarnya juga adalah berpatutan kerana kebanyakan motor-motor ini adalah motor CKD.


Honda NC700X 2013 Malaysia- RM49000
Honda NC700X Malaysia- RM49000
Honda NC700X Malaysia

Honda NC700S 2013 Malaysia- RM47000
Honda NC700S Malaysia- RM47000
Honda NC700S Malaysia

Honda CBR500R 2013 Malaysia- RM26388
Honda CBR500R Malaysia- RM28000
Honda CBR500R Malaysia

Honda CBR500X 2013 Malaysia-RM26388
Honda CBR500X Malaysia-RM27000
Honda CBR500X Malaysia

Honda CBR500F 2013 Malaysia- RM26388
Honda CBR500F Malaysia- RM25000
Honda CBR500F Malaysia

KTM 390 Duke 2013 Malaysia- RM27000
KTM 390 Duke Malaysia- RM27000
KTM 390 Duke Malaysia
Kawasaki Ninja 2013 250R Malaysia- RM23000
Kawasaki Ninja 250R Malaysia- RM23000
Kawasaki Ninja 250R Malaysia

Yamaha XJ6N 2013 Malaysia- RM36000
Yamaha XJ6N Malaysia- RM36000
Yamaha XJ6N Malaysia
*Harga yang disebut mungkin berubah tanpa notis pemberitahuan.
Klik pada gambar untuk lebih jelas.

KTM Duke 390 2013

KTM Duke 390 2013
KTM Duke 390 2013
KTM mengumumkan mengenai Duke 390 2013. Ia mempunyai enjin yang besar, lebih kuasa kuda dan torque yang semestinya dapat memberikan pengalaman luar biasa semasa menunggang. Walaupun ia mempunyai enjin yang besar, namun berat motor ini hanyalah 139kg sahaja. Jika dibandingkan dengan KTM Duke 200, KTM Duke 390 ini mempunyai frame dan rekabentuk grafik yang berlainan.

Spesifikasi teknical KTM Duke 390 2013

KTM DUKE 390 ABS 2013:

ENGINE

DesignSingle-cylinder, 4-stroke, spark-ignition engine, liquid-cooled
Displacement373.2 cm³
Bore89 mm
Stroke60 mm
Performance32 kW (44 hp)
Starting aidElectric starter
Transmission6-speed, claw shifted
Engine lubricationForced oil lubrication with 1 rotor pump
Primary gear ratio30:80
Secondary gear ratio14:45
Cooling systemLiquid cooling system, continuous circulation of cooling liquid with water pump
ClutchClutch in oil bath / mechanically operated
Ignition systemContactless, controlled, fully electronic ignition system with digital ignition timing adjustment

CHASSIS

FrameTubular space frame made from chrome molybdenum steel, powder-coated
ForkWP Suspension Up Side Down
Shock absorberWP Suspension Monoshock
Suspension travel Front150 mm
Suspension travel Rear150 mm
Brake system FrontDisc brake with four-pot brake caliper
Brake system RearDisc brake with one-pot brake caliper, floating brake discs
Brake discs - diameter front300 mm
Brake discs - diameter rear230 mm
Chain5/8 x 1/4” (520) X-Ring
Steering head angle65°
Wheel base1,367±15 mm
Ground clearance (unloaded)170 mm
Seat height (unloaded)800 mm
Total fuel tank capacity approx.11 l
Unleaded premium fuel (95 RON)
Weight without fuel approx.139 kg
Nota kaki: Klik gambar untuk lebih besar

Klik gambar untuk lebih jelas

Ducati Panigale R 2013
Ducati Panigale R 2013
Ducati Hyperstrada 2013
Ducati Hyperstrada 2013
Ducati Diavel Strada 2013
Ducati Diavel Strada 2013
Ducati Hypermotard SP 2013
Ducati Hypermotard SP 2013

Kawasaki Z250 2013 Malaysia Ebony Black
Kawasaki Z250 2013 Malaysia Ebony Black
Kawasaki Z250 2013 Malaysia Red
 Para peminat motor di Indonesia telah menerima berita baik mengenai pelancaran motor naked Kawasaki Z250 2013. Motor ini mirip abangnya iaitu Z750 dan Z800, enjin dan chasisnya sama seperti Ninja 250R. Motor naked ini menjadi tarikan peminat-peminat motor dan menjadikan saingan pada pengeluar-pengeluar motor yang ada sekarang ini dan tidak lupa juga kosnya yang lebih rendah berbanding motor sports. Lampu hadapannya mirip Z800, signalnya pula berada diatas lampu hadapan yang memberikan rupa yang lebih baik pada motor. Motor ini mempunyai ciri-ciri Ninja 250R dari segi enjin 2-cylinder 4-stroke dan juga chasisnya.



Kawasaki Z250 2013 Malaysia Pearl Stardust White
Berita baik untuk peminat motor di Malaysia juga, motor ini akan dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi. Motor ini berkemungkinan akan dilancarkan pada bulan February atau March. Harga motor ini di Indonesia adalah 48.5 juta Rupiah bersamaan RM15, 539.79. Jika ia berada dipasaran Malaysia, motor ini kemungkinan berharga dalam lingkungan RM22-23k. Dan sudah pasti ia tidak akan lebih mahal berbanding versi sportsnya. Kawasaki Z250 2013 Malaysia ini didatangi dengan tiga warna iaitu Ebony Black, Pearl Stardust White dan Red.

Nota kaki: Klik gambar untuk lebih jelas




Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia
Yamaha XJ6 Naked 2013 Race Blue Malaysia
Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia
Yamaha XJ6 Naked 2013 White Malaysia
Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia ini mempunyai sedikit perubahan pada rekabentuk lampunya, iaitu pada cover lampunya yang sekarang ini lebih kecil. Selain daripada itu, kita juga ingin melihat fungsi brek ABS di motor ini. Daripada pemerhatian saya pada brek hadapan dan belakang motor ini, motor ini tidak mempunyai sistem brek ABS seperti mana yang kita boleh nampak pada motor-motor yang mempunyai sistem  brek ABS, tapi ini tidak bermakna motor tanpa ABS ini akan dipasarkan di pasaran Malaysia kerana Yamaha XJ6N di negara Eropah dilengkapi dengan sistem ABS.
Spesifikasi Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia
Spesifikasi Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia
ABS Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia
 Jika dilihat digambar ditepi, terdapat sesuatu alat yang boleh dikaitkan dengan bahagian ABS di bahagian dalam bulatan merah. Motor ini mungkin akan dijual dengan harga yang sama seperti Yamaha XJ6 Diversion dan akan dijual pada waktu yang sama seperti XJ6 Naked. Harga Yamaha XJ6 Naked 2013 Malaysia ini adalah RM40,152.30 OTR. Motor ini juga didatangi dengan dua warna iaitu Race Blue dan White.






NC700X
Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700X 2013 Magna Red Malaysia


Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700X 2013 Digital Silver Metallic Malaysia
Merupakan sebuah "New Concept Crossover" yang direkabentuk bagi kegunaan dalam bandar dan juga off road. NC700X menawarkan prestasi yang baik bagi sebuah motor off road dengan standard yang tinggi bagi keselesaan dan keselamatan dan juga kesenangan bagi sebuah motor street bike. Penunggang yang baru dan juga yang berpengalaman akan merasakan motor NC700X ini adalah sebuah motor yang sangat praktikal. Pada penunggang yang baru, ciri motor yang mudah dikawal ini membuatkan penunggang rasa seronok menunggang.

Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700X 2013 Pearl Sunbeam White Malaysia
Mempunyai ciri yang lebih kurang sama seperti NC700S, NC700X ini menggunakan liquid-cooled, 2 cylinder inline, enjin 670cc. Tujuan binaan motor yang ringan membuatkan motor ini dapat memberikan torque yang kuat. Bagi penjimatan minyak, motor ini mempunyai PGM-Fuel Injection dan Stoichiometric analysis, yang dapat memberikan ratio minyak dan udara yang tepat diperlukan bagi menyempurnakan letupan pada engine. Ia menggunakan 1 liter minyak bagi setiap 27.9km (bergantung kepada cara penggunaan) dan dapat berjalan hampir 400km bagi tangki minyak penuh.

Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700X 2013 Darkness Black Metallic Malaysia
Motor NC700X ini datang dengan 6 kelajuan gear manual atau Generasi kedua Transmisi Dual Clutch Honda. Sistem ini menawarkan manual transmisi dan juga automatik transmisi. Bagi prestasi brek pula, ia menawarkan sistem ABS iaitu Anti-lock Braking System. Honda NC700X 2013 Malaysia ini datang dengan warna Darkness Black Metallic, Digital Silver Metallic, Pearl Sunbeam White dan Magna Red.



NC700S
Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700S 2013 Pearl Sunbeam White Malaysia
Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700S 2013 Seal Silver Metallic Malaysia


"New Concept Fun Naked" sebuah model bagi yang menggemari cabaran. NC700S merupakan sebuah produk keperluan yang simple. Ia menyampaikan konsep keseronokan menunggang dan mudah pengguna pada harga yang berpatutan. Ia menawarkan kegunaan yang praktikal dan gaya naked yang versatile.



Honda NC700X & NC700S 2013 Malaysia
Honda NC700S 2013 Graphite Black Malaysia
Ciri-ciri NC700S ini ialah, liquid-cooled, 2 silinder inline, enjin 670cc. Tujuan binaan motor yang ringan membuatkan motor ini dapat memberikan torque yang kuat. Bagi penjimatan minyak, motor ini mempunyai PGM-Fuel Injection dan Stoichiometric analysis, yang dapat memberikan ratio minyak dan udara yang tepat diperlukan bagi menyempurnakan letupan pada engine. Ia menggunakan 1 liter minyak bagi setiap 27.9km (bergantung kepada cara penggunaan) dan dapat berjalan hampir 400km bagi tangki minyak penuh.


Motor NC700S ini datang dengan 6 kelajuan gear manual atau Generasi kedua Transmisi Dual Clutch Honda. Sistem ini menawarkan manual transmisi dan juga automatik transmisi. Bagi prestasi brek pula, ia menawarkan sistem ABS iaitu Anti-lock Braking System

Motor Honda NC700S 2013 ini juga datang dengan ruang bagi menyimpan helmet yang muat untuk menyimpan helmet fullface, digital multi-function instrument display, lightweight 17″ cast aluminium wheelsdannd broad radial tyres (depan 120/70, belakang 160/60). Model ini terdapat dalam warna Seal Silver Metallic, Pearl Sunbeam White and Graphite Black.


Harga showroom bagi Honda NC700X 2013 Malaysia adalah RM 53,988 (Standard edition) dan RM62,088 (ABS dengan DCT version), manakala Honda NC700S 2013 Malaysia berharga RM49,888 (Standard edition) and RM58,088 (ABS dengan DCT version)
 .
Kedua-dua NC700X dan NC700S didatangi dengan 2 tahun atau 20,000km Warranty Pengeluar.
Untuk infromasi lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas tol Boon Siew Honda Toll-Free di talian 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum).