Yamaha Vixion Lightning 2013 Indonesia

Yamaha Vixion 2013 Lightning White Reddish Lightning
Yamaha Vixion 2013 Lightning White Reddish Lightning

YIMM secara rasminya telah mengeluarkan motor terbaru mereka melalui laman web mini untuk para peminatnya. Yamaha Vixion Lightning datang dengan 4 warna yang menarik iaitu Radiance Titanium Gold, Mysterious Solid Dark, Ultra Brave Spirit (Red) dan White Reddish Lightning.
Yamaha Vixion 2013 Lightning Radiance Titanium Gold
Yamaha Vixion 2013 Lightning Radiance Titanium Gold

Perubahan pada motor baru ini adalah penambahan brake disk belakang, head lamp baru, monoshock belakang berwarna, meter cluster baru, tangki minyak dengan intergrated key dan rim YZF-R15. Bukan sahaja pada luaran, pihak Yamaha juga memberi perubahan bagi engine-nya. Model yang sebelum ini hanya dapat memberikan 11.kW(15.2PS), tetapi Lightning yang baru ini dapat memberikan 12.2kW(16.59PS).

Yamaha Vixion 2013 Lightning Ultra Brave Spirit
Yamaha Vixion 2013 Lightning Ultra Brave Spirit

Daripada website tersebut, Yamaha menyatakan fuel injection dan electrical system adalah lebih baik. Oxygen sensor juga ada ditambah. Pada pendapat saya, kombinasi 3 benda ini (FI, electrical dan O2 sensor) dapat memberi lebih kuasa pada motor ini, tetapi O2 sensor membuatkan pengeluaran asap lebih bersih dan memenuhi spesifikasi motor Eropah. Ini bermakna, perubahan pada FI dan electrical system sahaja yang membantu dalam peningkatan kuasa dari model yang lepas.


Yamaha Vixion 2013 Lightning Mysterious Solid Dark
Yamaha Vixion 2013 Lightning Mysterious Solid Dark

Selain itu, kita juga dapat melihat perubahan exhaust yang akan membantu dalam peningkatan kuasa. Secara keseluruhan, motor ini telah menjadi lebih baik dari segi luaran dan dalaman. Motor ini bukan sahaja cantik, malah lebih berkuasa.

Tiada ulasan

Leave a Reply